Tanda-tanda lain Penyakit Alzheimer

Pesakit juga boleh menjadi seorang yang agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau hobi yang pernah diminatinya. Dianggarkan bahwa pada sekitar 1950-an kira-kira 2.5 juta penduduk dunia menghidap penyakit ini. Pada tahun 2000, penghidap Alzheimer dijangka mencecah hingga enam juta orang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menganggarkan lebih satu bilion warga tua yang berusia lebih 60 tahun atau 10 peratus penduduk dunia menghidap Alzheimer (2003). Peningkatan ini, ada kaitannya dengan penduduk dunia yang semakin berusia, jangka hayat wanita meningkat hingga 80 tahun dan 75 tahun bagi lelaki. Selain itu, tahap penjagaan kesihatan yang lebih baik, kadar perkahwinan menurun, perceraian bertambah dan mereka yang berkahwin tetapi tidak ramai anak.

Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.

Selain itu, pesakit juga mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan. Semua ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada penjaga kerana mereka terpaksa menjaga pesakit `36 jam' sehari.

Pesakit juga kadang-kala akan berjalan ke sana sini tanpa sebab dan corak tidur mereka juga berubah. Pesakit akan lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.

Secara puratanya, pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai Alzheimer ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan yang diberi pada peringkat awal, boleh membantu memori pesakit seperti kognitif, aktiviti harian dan tingkah laku.